Halaman

Selasa, 23 November 2010

aktiviti murid lemah

Murid Lemah.
Topik   : Isipadu cecair
Subtopik          : Membandingkan kapasiti cecair
Hasil Pembelajaran      : i – Murid membandingkan cecair  antara bekas –bekas yang diuji dengan
                                          Bimbingan guru.
Bahan – bahan                        :
·         Baldi air berwarna merah
·         Baldi air berwarna kuning
·         Tempurung

Langkah – langkah      :
1.      Murid diminta melihat video klip yang telah disediakan oleh guru.
2.      Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan besar ( anggaran 5 -10 pelajar).
3.      Guru melantik pencatat dan pembentang setiap kumpulan yang dibentuk.
4.      Setiap kumpulan diberi nama.Contohnya kumpulan Merkuri dan kumpulan Dakwat.
5.      Satu helaian kertas arahan diedarkan sebagai membantu pelajar memahami perkara yang perlu dilakukan.
6.      Setiap kumpulan akan diberikan satu baldi besar yang mengandungi air berwarna merah dan kuning.Setiap kumpulan juga diberi beberapa tempurung yang telah dibersihkan.
7.      Guru menetapkan masa untuk menuangkan air dalam baldi ke dalam tempurung – tempurung yang telah disediakan terlebih dahulu.
8.      Murid diminta merekodkan berapa tempurung yang penuh dengan air dalam jadual yang disediakan.





Baldi
Jumlah tempurung yang dipenuhi air
Keputusan
Air merah

………………. tempurung.
Air merah lebih banyak daripada air kuning
Betul



Salah
Air kuning

……………….tempurung .
Air kuning lebih banyak daripada air merah
Betul



Salah



9.      Kumpulan Merkuri dan kumpulan dakwat membentangkan hasil dapatan masing –masing.
10.  Kumpulan pelajar masing –masing akan membincangkan baldi yang mana mempunyai lebih banyak air, adakah air merah atau air kuning.
11.  Akhir sekali, guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan.

Aktiviti murid pandai


Murid pandai.
Topik   : Isipadu cecair
Subtopik          : Membandingkan kapasiti cecair
Hasil Pembelajaran      : i – Murid membandingkan cecair  antara bekas –bekas yang diuji dengan
                                          tanpa bimbingan guru.
Bahan – bahan                        :
·         Silindir penyukat
·         Bekas kuih raya

Langkah – langkah      :
1.      Murid diminta melihat video klip yang disediakan oleh guru.
2.      Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan besar ( anggaran 5 -10 pelajar).
3.      Guru melantik pencatat dan pembentang setiap kumpulan yang dibentuk.
4.      Guru memberikan setiap kumpulan satu set bekas kuih raya yang telah disediakan oleh guru dan 1 kuantiti air dalam silinder penyukat.
5.      Setiap kumpulan akan menuangkan air dalam silinder penyukat dalam bekas  kuih raya dan rekodkan keputusan dalam jadual yang disediakan.
Silinder penyukat
Jumlah bekas kuih raya .

………..ml

………………. bekas kuih raya.





6.      Pencatat akan menulis keputusan seperti berikut:
“Isipadu dalam silinder penyukt adalah sama dengan jumlah…………bekas kuih raya kami”.
7.      Akhir sekali, guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan.


Khamis, 18 November 2010